Masih ku ingat,
Masa kecil...
Umi jaga kami,
Walau terpaksa bersengkang mata.
Umi pimpin kami,
Walau kerap kali kami terjatuh.
Umi sediakan makan untuk kami,
Walau makanan tak semahal mana.
Umi ajar kami 123,abc,alif ba ta, '
Walau dia belajar tak setinggi mana.
Umi siapkan semua keperluan sekolah,
Walau hanya ala kadar cuma.
Umi bagi duit buat belanja,
Walau 50sen sehari saja.
Umi beli baju raya,
Walau dia tiada apa.
Umi buat apa saja,
Demi kami pengarang jantungnya.
Kini kami,
di menara gading,
Berusaha sebaiknya,
Demi kasih kami pada umi,
Akan kami balas dengan ilmu di dada,
Akan kami buktikan padamu,
Pengorbananmu tidak sia-sia,
Cukuplah engkau merana kerana kami,
Cukuplah segala pengorbananmu demi kami,
Cukup sudah kau menitiskan air mata kesedihan,
Kesedihan kerana tidak berharta membesarkan kami,
Tapi kami kagum denganmu umi,
Kerana kasihmu kami berdiri di sini,
Di tempat kebanggaanmu,
Bersabarlah umi,
Segenggam kejayaan bakal milik kami,
Kerana kami anak umi...
0 0 orang bijak dah comment:
Post a Comment